Perkongsian Penerbitan Bil.4/2020

‘That’s the thing about books. They let you travel without moving your feet’. Let’s travel together! 

Tahukah anda, populasi bagi negeri Sabah pada tahun 1960 adalah seramai 454,421 orang? 

Sehingga tahun 1963, Kerajaan Borneo Utara (sekarang Sabah) telah menerbitkan sebuah Laporan Tahunan yang memaparkan semua statistik penting secara komprehensif berkaitan dengan aktiviti pelbagai jabatan kerajaan. 

Antara penerbitan terawal negeri Sabah yang boleh dicapai di Portal StatsDigital ialah Siaran Perangkaan Tahunan Bagi Sabah 1969. Penerbitan ini dikeluarkan pada tahun 1969 oleh Jabatan Perangkaan, Malaysia, cawangan Kota Kinabalu. 

Penerbitan ini mengandungi 167 jadual meliputi variasi penduduk mengikut komuniti termasuklah orang Eropah, Kadazan, Murut, Bajau, orang Asli, Cina dan lain-lain. 


Antara statistik yang boleh diperoleh daripada penerbitan ini ialah: 

i. Geografi dan iklim (Luas negeri Sabah adalah 29,388 batu persegi). 

ii. Variasi penduduk mengikut komuniti sejak 1911 (Seramai 214,729 orang bagi tahun 1911 meningkat kepada 217,805 orang bagi tahun 1960). 

iii. Peratusan penduduk aktif ekonomi mengikut umur, 1960 (Penduduk yang berumur 35-44 tahun adalah paling aktif dalam ekonomi (76.0%) manakala paling rendah adalah penduduk yang berumur 75 tahun (21.8%). 

iv. Bilangan Kediaman, isi rumah dan penghuni mengikut jenis bangunan dan jumlah bilik di empat bandar utama, 1960 (Sandakan memiliki jumlah terbanyak dengan 3,955 kediaman, 5,270 isi rumah, 28,545 penghuni dan 9,122 bilik). 

v. Bancian ladang getah, Sabah - 1968 (Keseluruhan pemilikan ladang getah setakat 31 Disember 1968 adalah 124 yang mana 114 dimiliki oleh orang Malaysia manakala 10 oleh bukan Malaysia). 

vi. Bilangan pemegang ternakan dan bilangan haiwan yang dipelihara, 1961 (Bilangan pemegang ternakan yang dilaporkan tertinggi adalah bagi ternakan khinzir iaitu sebanyak 76,786 pemegang dengan bilangan haiwan tersebut 81,058 ekor). 

vii. Lembaga Elektrik Sabah - Ringkasan operasi (Kapasiti elektrik terpasang adalah 5,694 kilowatt bagi tahun 1959 berbanding 31,671 kilowatt bagi tahun 1969). 


Selain itu, penerbitan ini turut menyediakan maklumat berkenaan: 

i. Bilangan pertubuhan perdagangan berlesen mengikut daerah, 1969 

ii. Nombor dan keahlian masyarakat koperasi 

iii. Kerja-kerja koperasi, 1969 

iv. Pendaftaran syarikat 


Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang penerbitan ini, boleh dapatkan melalui capaian https://statsdigital.stats.gov.my atau portal DOSM https://www.dosm.gov.my


MUKA DEPAN PENERBITAN

CEBISAN DARIPADA PENERBITAN





30 September 2020, 3.42 pm
Contributor: Unit Data Agregat dan Pendigitalan

Post a Comment

Previous Post Next Post