Perkongsian Penerbitan Bil.5/2020

 ‘Simply because a book has aged a bit doesn’t mean it’s gone bad’.

Tahukah anda banci merupakan kaedah pengumpulan maklumat penduduk melalui kiraan. Ia dilakukan secara berkala dan merupakan jumlah rasmi penduduk sesuatu kawasan?

Antara penerbitan yang terawal diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) yang terdapat di Portal StatsDigital mengenai banci adalah penerbitan ‘Banchi Pendudok Dan Perumahan Malaysia 1970: Jilid II - Jadual Am Perumahan Bandar, Kampong Dan Kawasan Majlis Tempatan, Bahagian III – Melaka’. Penerbitan ini merupakan siri kedua bagi Negeri Melaka yang diterbitkan dalam bulan Julai/Ogos 1970. Laporan ini mengandungi hasil dapatan yang diperoleh daripada banci ke atas penduduk yang dijalankan pada tahun 1970.

Dalam jilid ini, ulasan-ulasan untuk jadual tidak disediakan. Pengguna diminta merujuk jilid yang terawal bertajuk "Jadual2 'Am Perumahan, Jilid 1" untuk ulasan yang lebih terperinci. Penerbitan ini mempunyai 46 jadual dan 1 peta Negeri Melaka yang menunjukkan sempadan mukim dan bandar dikelaskan mengikut bilangan penduduk. 

Bahagian pertama dalam laporan ini meliputi takrif-takrif penting berkenaan banci iaitu:

i. Tempat kediaman: a. bentuk-bentuk pembinaan yang dibina atau diubah untuk kediaman/tempat tidur. b. bentuk-bentuk pembinaan yang tidak dimaksudkan untuk menjadi tempat kediaman/tempat tidur tetapi digunakan untuk tujuan ini pada masa banci.

ii. Didiami dan Kosong: Tempat-tempat kediaman dikelaskan sebagai didiami dan kosong sama ada, ada orang tinggal dan/atau tidur dalam tempat-tempat kediaman itu pada malam sebelum pembanci datang membuat lawatan.

iii. Isi-isi rumah: Sebuah isi rumah mengandungi sekumpulan orang yang tinggal bersama-sama dan membuat bekalan yang sama untuk makanan dan lain-lain keperluan hidup. 

Di antara statistik yang boleh diperoleh daripada laporan ini bagi Daerah Pentadbiran: Alor Gajah (Utara), Melaka (Tengah) & Jasin (Selatan) adalah berkenaan:

i. Tempat Kediaman, Persendirian dan Bukan Persendirian
        a) Jumlah tempat kediaman persendirian 
             Alor Gajah (Utara): 20,934
             Melaka (Tengah): 31,369
             Jasin (Selatan): 15,612
        b) Jumlah tempat kediaman bukan persendirian
             Alor Gajah (Utara): 88
             Melaka (Tengah): 241
             Jasin (Selatan): 79

ii. Tempat Kediaman Persendirian Yang Didiami
        a) Jumlah tempat kediaman persendirian yang didiami, bandar-bandar, kampung-kampung atau              kawasan-kawasan majlis tempatan
             Alor Gajah (Utara): 18,850
             Melaka (Tengah): 28,525
             Jasin (Selatan): 14,158
        b) Jumlah berdasarkan keadaan, jenis tempat kediaman persendirian yang didiami, bandar-                     bandar, kampung-kampung atau kawasan-kawasan majlis tempatan
             Alor Gajah (Utara): (14,644 teguh), (3,577 mulai buruk), & (629 buruk).
             Melaka (Tengah): (22,367 teguh), (4,900 mulai buruk), & (1,258 buruk).
             Jasin (Selatan): (9,565 teguh), (3,722 mulai buruk), & (871 buruk).

Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang penerbitan ini, boleh dapatkan melalui capaian https://statsdigital.stats.gov.my atau portal DOSM https://www.dosm.gov.my.

MUKA DEPAN PENERBITAN



CEBISAN DARIPADA PENERBITAN



27 Oktober 2020, 12.13 pm
Contributor: Unit Data Agregat dan Pendigitalan

Post a Comment

Previous Post Next Post