“The worst thing about new books is that they keep us from reading the old ones”. So, let’s read the old books!
Laporan ini memperihalkan data bagi tiga jenis syarikat berdasarkan hak milik iaitu:
i. Syarikat Berhad yang diperbadankan di Malaysia, dikawal tempatan
ii. Syarikat Berhad yang diperbadankan di Malaysia, dikawal asing
iii. Cawangan syarikat Malaysia yang diperbadankan di luar negara yang mempunyai pendapatan tahunan sebanyak $5 juta dan lebih pada tempoh rujukan.
Report on the Financial Survey of Limited Companies, Malaysia, 1966, penerbitan setebal 72 halaman ini diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia. Penerbitan ini adalah berdasarkan Penyiasatan Kewangan Syarikat Berhad, Malaysia yang dijalankan pada tahun 1966 bagi menyediakan data untuk penyusunan Pendapatan Negara Malaysia dan Imbangan Pembayaran. Penerbitan yang mempunyai 11 jadual ini menyediakan data-data penting berkait kewangan syarikat bagi kegunaan penganggaran oleh syarikat, menyusun pendapatan dan perbelanjaan negara serta imbangan pembayaran luar negara Malaysia.
Pentingnya aktiviti kewangan, samada sebagai satu medium, proses, mahupun produk, telah menjadikan pengurusan kewangan suatu bidang yang penting, merentas masa dan sempadan negara. Sehinggalah pengurusan kewangan dijadikan suatu disiplin dan profesion di mana kegagalan menguasai ilmu berkenaan akan menjejaskan kebolehan bersaing dan kelangsungan suatu perusahaan dan entiti perniagaan.
Penerbitan ini turut mempersembahkan pelbagai statistik termasuklah:
i. Pembahagian responden mengikut saiz syarikat
ii. Laporan untung dan rugi syarikat bagi akhir tahun 31 Disember 1966
iii. Laporan perubahan akaun modal syarikat bagi akhir tahun 31 Disember 1966
iv. Laporan syarikat tentang perbelanjaan ke atas tenaga buruh dan kecenderungan keuntungan, 1966
v. Laporan keuntungan dan cukai syarikat mengikut industri, 1966
vi. Laporan untung rugi syarikat dan jumlah yang dihantar ke dana pemegang saham
vii. Laporan perubahan dalam akaun modal syarikat pada tahun 1966
viii.Laporan spesifikasi pelaburan dan pelaburan semula aset dalam aset tetap syarikat di Malaysia pada tahun 1966
ix. Laporan Pemegangan Saham Ekuiti (Nilai Buku) Syarikat pada 31 Disember 1966
x. Laporan pemilikan saham ekuiti syarikat
xi. Laporan ringkasan urus niaga dengan bukan pemastautin
MUKA HADAPAN PENERBITAN