OLD IS GOLD!

Tahukah anda, Banci Penduduk keatas beberapa buah negeri di Semenanjung Malaysia telah dilaksanakan lebih 140 tahun yang lalu? 

Dalam usaha Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) untuk melestarikan penerbitan statistik dan memastikan laporan-laporan ini kekal terpelihara sebagai khazanah negara, DOSM melalui Portal StatsDigital, telah mentransformasikan statistik dan laporan berbentuk fizikal kepada bentuk digital untuk capaian umum. 

Di antara penerbitan terawal yang boleh dicapai di Portal StatsDigital ialah Report on the Census of the Straits Settlement, 1891. Laporan ini mengandungi hasil dapatan yang diperoleh daripada banci ke atas penduduk yang dijalankan pada tahun 1891 oleh Pesuruhjaya Banci pada ketika itu Sir Edward Marsh Merewether

Negeri-negeri Selat yang diliputi dalam Banci ini ialah Penang (termasuk Province Wellesley), Melaka, Dinding (Setiawan, Lumut dan Pulau Pangkor), Singapura, Cocos Islands dan Christmas Island. Selain daripada itu beberapa negeri (Native States) turut diliputi dalam banci kali ini seperti Perak, Selangor, Sungei Ujong dan Negeri Sembilan.

Banci Penduduk Negeri-Negeri Selat 1891 merupakan banci yang pertama kali dilaksanakan dalam tempoh yang sama. Sebelum ini banci ke atas penduduk bagi setiap Negeri-Negeri Selat diadakan secara berasingan.

Di antara statistik yang boleh diperoleh daripada laporan ini ialah: 

  • Jumlah penduduk mengikut jantina bagi tahun 1881 dan 1891, Negeri-Negeri Selat 
  • Jumlah penduduk mengikut warganegara bagi tahun 1881 dan 1891, Negeri-Negeri Selat 
  • Jumlah penduduk mengikut peringkat umur bagi tahun 1881 dan 1891, Negeri-Negeri Selat 

Selain itu, laporan ini turut menyediakan dokumen-dokumen cadangan yang telah dikemaskini untuk melaksanakan Banci Penduduk untuk 10 tahun akan datang (1901). Di antara dokumen-dokumen tersebut adalah: 
  • Borang soal-selidak banci 
  • Borang dan arahan penyenaraian tempat kediaman 
  • Arahan kepada Penyelia 
  • Arahan kepada Pembanci 
  • Peta liputan 

Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang penerbitan ini, boleh dapatkan melalui capaian https://statsdigital.stats.gov.my atau portal DOSM https://www.dosm.gov.my.

MUKA DEPAN PENERBITAN


CEBISAN DARI PENERBITAN





Post a Comment

Previous Post Next Post