BULETIN KHAS NEGERI SELANGOR


DOSM telah mengeluarkan dua Buletin Khas iaitu Buletin Khas Sektoral dan Buletin Khas Negeri. Kedua-dua buletin ini disediakan berdasarkan kepada kompilasi DOSM Intelligence Stats (DIS) bagi tujuan input kepada stakeholders dan agensi utama pada setiap hari di sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Edisi Buletin Khas Negeri kali ini melihat impak Covid-19 kepada Negeri Selangor dari segi struktur sosioekonomi Selangor seperti pelaburan, tenaga buruh, perbelanjaan isi rumah, demografi, industri dan juga kompilasi keratan akhbar yang berkaitan.

Maklumat lanjut boleh diperoleh dari pautan di bawah:

Penafian:
Artikel dalam buletin khas ini adalah inisiatif pegawai DOSM berdasarkan pemerhatian dan pengumpulan maklumat ringkas secara ad-hoc di lapangan semasa Perintah Kawalan Pergerakan. Ianya tidak memenuhi sepenuhnya piawaian pengeluaran statistik rasmi negara. Justeru, kandungan buletin ini tidak boleh ditafsir sebagai statistik rasmi DOSM.











Post a Comment

Previous Post Next Post